“Tiga panel Proton datang periksa sahkan 83 masalah, beri kereta ganti X90 Flagship,” pemilik S70 bermasalah

2665

Minggu lalu, Motoqar melaporkan seorang pemilik Proton S70 Flagship X berdepan 73 masalah selepas menerima sedan tersebut.

Terkini, pemilik S70 berkenaan, Ku Azhar Ku Razi, 34 berkata kereta miliknya telahpun dihantar ke Pusat Kecermelangan Proton, Shah Alam.

Gambar hiasan

“Semalam (17 Mac) tiga panel dari Proton datang dan sahkan semua 83 isu genuine serta akan diperiksa.



“Kereta dahpun selamat ditunda ke HQ Shah Alam, isu menjadi 83 selepas pihak panel perasan ada satu lagi defek kosmetik,” katanya kepada Motoqar.

Dia juga menyatakan pihak Proton memberikan kenderaan ganti X90 Flagship sehingga kenderaanya siap dibaiki. 

Ku Azhar berkata berdasarkan aplikasi Proton kenderaannya sudahpun dibaiki pagi ini (17 Mac) dan jangkaan siap mengambil masa dua minggu iaitu pada 26 April.

“Saya hubungi CRM semalam namun mereka menyatakan agak sukar untuk dapatkan pertukaran kereta baharu bergantung kepada pengurusan.

“Kalau pengurusan luluskan pertukaran dokumentasi sekejap sahaja minimum lima hari bekerja dan maksimum 10 hari bekerja. Atas pengurusan mahu tukar atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Ku Azhar bersyukur isu tersebut mendapat liputan media dan respons Proton dengan segera.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here