Honda pengeluar Jepun pertama pasang EV di Thailand

170

Honda menjadi pengeluar kereta Jepun pertama memasang kereta elektrik (EV) di Thailand selepas mengumumkan pengeluaran e:N1 di kemudahan Prachinburi Rojana Industrial Park.

Honda Automobile (Thailand) Co Ltd menyatakan pelancaran e:N1 akan diumumkan pada suku pertama tahun depan.



Honda berkata pengeluaran SUV elektrik di Thailand menunjukkan keyakinan terhadap industri automotif negara. Pengeluaran itu juga dijangka meningkatkan nilai industri dengan penggunaan alat ganti tempatan dan pengambilan pekerja lokal.

Honda percaya e:N1 akan menawarkan pilihan tambahan buat pembeli Thailand di samping kenderaan enjin pembakaran dalaman dan sistem e:HEV penuh.

Honda sedang bersedia untuk bergerak ke arah matlamat 2030 untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 2 juta kenderaan elektrik bateri (BEV) di seluruh dunia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Perincian SUV berkenaan bakal didedahkan pada suku pertama 2024 yang mana versi prototaip e:N1 pernah dipamerkan pada Thailand International Motor Expo (2022).

Menurut pemerhati industri, SUV itu asasnya menggunakan HR-V tanpa enjin dan dijangkakan harga jualan sekitar BHT 1.5 juta (RM200,738) sebelum subsidi kerajaan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here