Honda e recon kini di Malaysia, harga RM210k

1896

Honda e merupakan kereta elektrik kompak produksi pertama dari Honda, tetapi hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun dan Eropah.

Namun, Honda e kini sudah berlabuh di Malaysia dibawakan oleh Weststar Motors menerusi varian Advance yang dijual pada harga RM210,000.



Di United Kingdom (UK), Honda e tampil dalam dua varian iaitu Standard dan Advance dengan harga sekitar pound sterling 31,665 (RM180,128).

Honda e dihasilkan dengan reka bentuk luaran diinspirasikan dari Honda Civic ‘telur’ generasi pertama, yang kelihatan retro dan ringkas digabungkan dengan pelbagai teknologi moden.

Untuk model Standard, ia digerakkan dengan motor elektrik berkuasa 136 PS dan tork  315Nm. Manakala versi Advance seperti yang dibawa oleh Weststar dilengkapi dengan  motor lebih berkuasa (154PS/315Nm). 

Namun, harga yang ditawarkan untuk Honda e ini tidak tetap untuk setiap unit kerana mengambil kira spesifikasi dan keadaan kereta tersebut. Malah Dengan harga yang ditawarkan agak mahal dan tanpa khidmat selepas jualan yang ditawarkan secara rasmi oleh Honda.

BACA>>Honda e sudah sedia untuk produksi? Harga anggaran RM135k

BACA>>Honda e Prototype sebuah EV comel, canggih tetapi retro

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here