Honda e sudah sedia untuk produksi? Harga anggaran RM135k

2654

Kenderaan elektrik bandar Honda e muncul di Frankfurt Motor Show dalam bentuk produksi, dan Honda mengatakan ia akan dijual pada sekitar RM135,203 di UK.

Harga ini adalah lebih rendah dari yang dijangkakan dan menghampiri harga Volkswagen ID 3, iaitu RM131,792. Model asas menggunakan rim 16-inci dan dikuasai oleh motor elektrik dengan 134hp.



Model Advance pula berharga sekitar RM148,124 dan mempunyai 152hp. Kedua-dua model mampu memecut ke 100km/j dalam 8 saat. Selain lebih kuasa, model Advance mendapat rim 17-inci, bantuan parkir, cermin pandang belakang digital, dan sistem bunyi yang ditambah-baik.

Kedua-dua model dikatakan mempunyai jarak perjalanan 219km, yang bos Honda UK Phil Webb katakan sebagai “lebih dari mencukupi” untuk purata perjalanan harian warga Eropah iaitu kira-kira 48km.

Untuk mengecas, Honda e boleh mendapat kuasanya dari sistem fast charging berkapasiti 100kWh, bermakna 80% bateri dicapai dalam 30 minit. Pengecas 50kWh pula mencapai jumlah sama dalam 36 minit.

Juga didedahkan di Frankfurt ialah aplikasi telefon pintar MyHonda+, yang akan memberikan pemilik e akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan jarak jauh. Antaranya ialah pra-pemanasan, perancangan perjalanan dan proses pengecasan.

Terdapat hanya dua perubahan visual dibuat dari model prototaip yang dipertonton di Geneva Motor Show pada Mac lepas dengan kereta versi produksi ini. Lencana pada gril tidak mempunyai lampu menyala kerana fungsi ini tidak dibenarkan di Eropah, dan skirt tepi yang tiada lagi tulisan ‘Honda Design’.

Honda e akan menjadi model elektrik pertama Honda di Eropah dan menjelang 2025, Honda berkata semua model yang dijual di Eropah adalah kenderaan elektrik.

Kenderaan empat tempat duduk ini dibina di platform untuk kereta elektrik segmen A dan B. Ia lebih pendek dari Jazz, dan 100mm lebih tinggi dari MINI.

Motor elektrik yang dipasang di belakang itu menjana kuasa ke tayar belakang, dan turut mendapat torque vectoring. Ini memberikan respon dan pengendalian lebih baik di selekoh-selekoh tajam.

Rekaan badan kereta ini kemas dengan pemegang pintu yang tersorok untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik. Tempat mengecas diletakkan di tengah bonet.

Ruangan dalam

Di dalam, terdapat papan pemuka digital dengan 5 skrin yang didominasi oleh dua skrin sesentuh LCD 12.3-inci setiap satu untuk fungsi infotainmen. Skrin ini terbina di dalam papan pemuka dengan kemasan seperti kayu.

Tempat duduknya pula dibaluti polyester – dimana seperti kemasan ala kayu – direka untuk memberi perasaan seperti di ruang tamu rumah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here