Honda e Prototype sebuah EV comel, canggih tetapi retro

2606

Satu lagi kereta menarik yang akan membuat kemunculan rasmi pada Geneva Motor Show nanti ialah Honda e Prototype yang comel ini. Ia dijangka mula dijual hujung tahun ini.

Honda e Prototype kelihatan begini kerana ketua projek, Kohei Hitomi berjaya meyakinkan pihak pengurusan bahawa mereka tidak patut berkompromi dengan saiz kompak EV ini untuk lebih jarak. Ianya berpacuan roda-belakang untuk memecut dengan cepat dan lincah di jalan-jalan sempit.



Di atas pelantar fleksibel ini, ketua rekabentuk luaran, Ken Sahara melahirkan sebuah kereta futuristik dengan sentuhan retro. Ini termasuklah fender lebar, pintu tanpa bingkai, pemegang pintu unik dan bumbung kaca tinted.

Bahagian dalam e Prototype ini menawarkan rekaan elegan seperti lounge. Pasukan rekaan dalaman yang diketuai Akinori Myoui mengambil inspirasi bahagian ini dari BMW i3 dan menambah baik rekaannya.

Terdapat tempat duduk seperti sofa, panel instrumen dari skrin digital dan permukaan rata bersalut kayu.

Nantikan laporan penuh prototaip ini semasa pelancarannya beberapa minggu lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here