Grab runding dengan OVO untuk bergabung bagi bersaing dengan Gojek

1165

Grab runding dengan OVO bagi melaksanakan penggabungan dan kerjasama dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dan untuk bersaing dengan Gojek.

Rundingan penggabungan itu susulan pengumuman SoftBank Group Corp untuk melabur AS$2 bilion di Indonesia menerusi Grab pada Julai lalu.



Ketika ini Ant Financial memiliki DANA secara usaha sama dengan Elang Mahkota Teknologi (Emtek).

Reuters yang memetik sumber rapat perkara itu berkata, langkah itu bakal menyaksikan menyaksikan Grab mengambil alih kepentingan majoriti dalam Ant Financial supaya DANA dapat digabungkan dengan platform OVO.

Katanya, pengambilalihan OVO-DANA itu dijangka dapat mewujudkan persaingan di pasaran pembayaran dalam talian Indonesia bernilai berbilion dolar dikuasai Gojek ketika ini.

“OVO dan Gojek kini bersaing merebut kedudukan teratas dalam penguasaan pasaran pembayaran digital sejak 2018, manakala DANA tidak jauh ketinggalan di belakang mereka.

“Ketika ini, Grab dan Gojek muncul sebagai dua jenama syarikat pemula utama berprestasi tinggi di Asia Tenggara dengan nilai mencecah AS$14 bilion bagi Grab manakala Gojek pula AS$10 bilion,” kata sumber itu.

Grab dan Gojek bersaing dalam gelanggang yang sama terutama dalam perkhidmatan kewangan, e-dagang, perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan.

“Ia sebahagian pertembungan merebut pasaraan antara Grab-Gojek,” kata sumber.

Rancangan itu turut membuktikan persaingan industri pembayaran digital Indonesia yang sengit menjejaki gelombang pasaran e-dagang negara itu yang memiliki lebih 260 juta penduduk.

Grab dan OVO bagaimanapun enggan mengulas, manakala DANA menegaskan syarikat itu tidak akan melayani spekulasi cakap-cakap pasaran.

Sumber yang dipetik bagaimanapun enggan dinamakan kerana proses Grab runding dengan OVO itu masih di peringkat awal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here