Pemandu Go-Jek rakam dirinya dituduh menculik seorang pemandu

1034

Satu video dimuatnaik semalam oleh seorang pemandu Go-Jek di Singapura membuatkan semua rakan pemandu malah penumpang kesemuanya bersetuju dan menyebelahi pemandu itu.

Video berdurasi 7 minit itu dikongsi untuk menunjukkan bagaimana jenis-jenis penumpang yang dia terpaksa hadapi.



Secara ringkas, pemandu itu telah dituduh cuba menipu wang penumpang itu kerana wanita itu mendakwa jalan yang biasa dia lalui ‘setiap pagi’ tidak perlu melalui ERP. Wanita itu juga mengugut tidak mahu membayar tambang perjalanan. Pemandu itu mencadangkan agar wanita itu buat laporan pada Go-Jek sahaja jika rasa ditipu. Wanita itu kemudian mendakwa pemandu itu seorang yang ‘merbahaya’ dan rasa seperti akan diculik. Pemandu itu kemudiannya berulang-kali mengatakan dia akan membawa penumpang itu terus ke balai polis Toa Payoh untuk menyelesaikan isu itu.

Tonton video penuh itu di sini:

Pautan asal: https://www.facebook.com/groups/sgphv/permalink/533277937162687/

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here