Pemuda Malaysia ‘berang’ kena fitnah buat p hailing haram di Singapura

97

Seorang pemuda warganegara Malaysia, Sankar Chandrasegaran, tampil membidas sekeras-kerasnya fitnah dan tuduhan palsu yang mendakwa dirinya melakukan pekerjaan penghantaran (p-hailing) secara haram di negara jiran Singapura.

Tuduhan itu dipercayai bermula apabila individu warga Singapura memuatnaik imej motosikal Sankar lengkap dengan beg Foodpanda dan menyatakan dia melakukan kerja haram.

Jelasnya, dia bekerja sebagai pegawai keselamatan sepenuh masa di Singapura dan hanya memulakan kerja Foodpanda di Malaysia selepas selesai tugas di negara jiran tersebut.

“Anda tidak tahu mengapa saya angkut sekali bag Food Panda berkenaan ke Singapura sebabnya saya malas nak tanggalkan dan pasang semula bag berkenaan di belakang motosikal setiap hari, selepas pulang dari Singapura.

“Ia tidak bermakna saya bekerja secara haram di Singapura sebagai Food Panda dan awak ada bukti saya buat Food Panda di Singapura,” ujarnya. 

Lebih mengecewakan, dirinya masih dikecam walaupun telah mengemukakan sejarah penghantaran Food Panda di Malaysia. 

“Saya dah kongsi bukti, tetapi masih ada orang di luar sana di Singapura yang masih mendiskriminasi, masih menghina. Ada yang bodoh masih mengatakan saya buat kerja haram di Singapura walaupun selepas tengok video dan rakaman ini.

“Betul-betul tak faham macam mana saya perlu bekerja keras untuk mencari rezeki, tetapi mereka boleh sesuka hati menghakimi orang macam ni.

“Bukan senang nak kerja 12 jam sebagai pegawai keselamatan di Singapura, kemudian balik ke Malaysia, anda kena bekerja empat jam lagi sebagai Foodpanda di Malaysia,” tulisnya di ruangan komen grup Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers (MSBC). 

Saman Had Laju

Mengenai saman trafik SGD500 (RM1,627) yang ditularkan, Sankar menjelaskan ia dikeluarkan pada 22 September lalu atas kesalahan melebihi had laju di Yishun Avenue 1 dan Avenue 4, dan bukannya kerana bag Foodpanda atau dakwaan melakukan kerja haram.

“Mereka mengambil gambar rawak motosikal saya dan memuat naiknya di Facebook untuk menuduh saya. Ramai pula yang mengulas mengatakan saya buat kerja haram di Singapura,” luahnya.

Fail Laporan Polis, Tuntut Saman Fitnah

Tidak berpuas hati dengan penyebaran berita palsu dan tuduhan tersebut, lelaki itu mengambil tindakan tegas.

“Saya telah menjalankan tanggungjawab saya untuk membuat laporan polis terhadap ID Facebook yang menyebarkan berita palsu dan membuat tuduhan memfitnah terhadap saya,” katanya.

Sankar kini sedang mempertimbangkan untuk menyaman dan menuntut ganti rugi daripada pemilik akaun Facebook itu atas tuduhan palsu, memfitnah, atau pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution).

“Dalam undang-undang Singapura, perbuatan menyiarkan gambar palsu dan memfitnah sehingga menyebabkan kemudaratan atau gangguan awam, boleh dianggap sebagai fitnah, dan ia juga merupakan kesalahan jenayah,” tegasnya, menunjukkan keseriusan dalam membersihkan namanya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here