Polis Trafik Singapura kutip saman tertunggak RM2.9 juta dalam tiga hari

151

Seramai 241 pemandu kenderaan asing ditahan di pusat pemeriksaan darat Singapura antara 6 hingga 8 Oktober lalu susulan miliki rekod saman  tertunggak.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan, pihak berkuasa Singapura berjaya menuntut semula saman tertunggak berjumlah lebih SGD619,000 (kira-kira RM2.9 juta) daripada pesalah-pesalah trafik tersebut.  

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pemandu asing yang mempunyai denda tertunggak ditahan dan diarahkan untuk menyelesaikan bayaran saman kenderaan dan trafik sebaik sahaja memasuki Singapura di pusat pemeriksaan darat.

“Singapura memandang serius terhadap pemandu kenderaan asing yang melakukan kesalahan di negara itu dan enggan menjelaskan denda yang dikenakan.

“Pihak berkuasa republik tersebut memaklumkan mereka akan terus menjalankan operasi berkala untuk memburu pemandu asing yang melakukan kesalahan dan tidak melunaskan denda,” menurut kenyataan.

Operasi khas itu turut memberi amaran tegas yang mana pemandu asing yang mempunyai denda tertunggak sama ada untuk kesalahan trafik, parkir, atau pelepasan asap kenderaan boleh dilarang masuk ke Singapura.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here