Apa istimewanya nombor 55 bagi Hafizh Syahrin

2920

Jika lihat pada nombor pada motosikal MotoGP, ia pasti tertera nombor unik pada jentera berkenaan.

Setiap nombor itu mungkin memberi maksud atau mempunyai makna yang tersendiri. Ia juga sama dengan pilihan nombor 55 bagi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin.



Jadi, dari nombor 1 sehingga 100, mengapa pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin memilih nombor 55.

Beliau memilih nombor itu kerana ia adalah tarikh lahirnya pada 5 Mei 1994, dan tahun ini beliau memasuki umur 25 tahun.

Selain Hafizh, Macr Marquez turut memilih 93 kerana ia adalah tahun kelahiran pelumba MotoGP terkemuka dunia itu.

2019 adalah tahun kedua Hafizh menyertai MotoGP. Tahun ini, beliau akan menyertai pasukan Red Bull KTM Tech 3 dengan menunggang jentera lumba KTM RC16.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here