Utama Berita Automotif Harga runcit diesel, RON95, RON97 naik bermula esok

Harga runcit diesel, RON95, RON97 naik bermula esok

5

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan petrol RON95 tanpa subsidi serta RON97 naik bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei 2026. 

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata kemelut geopolitik di Asia Barat berlarutan melebihi 11 minggu tanpa tanda penyelesaian dalam masa terdekat.

“Dalam keadaan pasaran global yang kekal tidak menentu, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara. Perancangan perjalanan harian juga dapat membantu penggunaan bahan api secara lebih cekap.

“Dengan konflik yang berpanjangan, tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum global menjadi semakin mendesak.

“Harga minyak mentah Brent kini mencecah sekitar USD 110 setong, hampir 60 peratus lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar USD70 setong. Pada masa yang sama, kos logistik dan premium insurans turut meningkat ketara akibat risiko penghantaran melalui zon konflik, sekali gus memberi tekanan lanjut kepada harga produk petroleum,” jelasnya. 

Pelarasan harga minggu ini adalah berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism(APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu, harga runcit produk petroleum adalah seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM4.85 seliter
  2. Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 20 sen kepada RM4.07 seliter 
  3. Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
  4. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 10 sen pada harga RM4.97 seliter
  5. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here