Nak jimat, Lelaki ini berbasikal 16.68km pulang rumah dari kelab malam

403

Setelah penat berhibur, seorang lelaki warga Singapura nekad berbasikal sejauh 16.68km untuk pulang ke rumah dari kelab malam.

Pengalaman itu dikongsikan oleh Jun Hao, 22 di TikTok berdurasi 15 saat, turut menerima tontonan lebih 300,000 dan 40,000 tanda suka.

Dalam video itu, pemuda itu dilihat merentasi jalan dan kawasan pembinanan sebelum berhenti minum.



Berbasikal pulang ke rumah dari kelab malam kerana saya tidak mahu bayar RM132 (SGD40) untuk Grab,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

 

Pada akhir video itu, Jun Hao turut mendedahkan dia menunggang basikal sejauh 16.68km dan membakar 400 kalori.

Daripada tatapan skrin menggunakan aplikasi tidak dikenali, pemuda itu juga menunjukkan dia hanya membelanjakan RM10 (SGD3) dan mengambil masa 89 minit untuk sampai ke rumah.

Video tersebut turut mendapat banyak pujian daripada orang ramai antaranya mengambil inisiatif mesra alam untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, satu komen kelakar dari Malaysia berkata;

Singapura kecil dan jalan raya mesra pejalan kaki, cuba berbasikal dari Bukit Bintang ke Klang…”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here