Ini 4 sebab Perodua Myvi kekal kereta terlaris

1946

Perodua Myvi atau dikenali sebagai King off the road merupakan model hatchback popular dalam kalangan pengguna tempatan sejak 2006.

Di Malaysia, jumlah keseluruhan kenderaan di jalan raya sekitar 11 juta unit yang mana sejuta adalah daripada pengguna Myvi. 



Di jalan raya untuk melihat atau terserempak dengan model kompak itu begitu mudah, di mana-mana saja ada Myvi bermula daripada generasi baharu hingga lama. Jadi tidak hairan kalau ada saja cerita pelik yang tular di media sosial melibatkan model Myvi.

Mengapa model ini menjadi pilihan ramai pengguna tempatan sedangkan model berkenaan di negara jiran Indonesia misalnya kurang mendapat sambutan…Ini sebabnya.

Harga mampu milik?

Perodua menetapkan tanda aras kenderaan tersebut pada harga mampu milik walaupun memperkenalkan versi naik taraf. 

Hatchback segmen B itu dijual pada harga antara RM 42,790 hingga RM 54,090 yang menyasarkan pengguna golongan pertengahan menerusi tawaran ciri peralatan terkini.

Selain itu, harga jualan semula yang tinggi tidak kira transmisi manual mahupun automatik juga merupakan salah faktor model itu menjadi pilihan ramai. 

Kualiti tinggi

Tidak dinafikan Perodua sangat menitikberatkan aspek kualiti. Benar, tiada istilah kereta yang begitu sempurna. Namun, ramai pembeli memberi maklumbalas yang positif mengenai kereta Myvi.

Jika diperhatikan, jarang kita dengar pengguna Myvi merungut mengenai kualiti kereta tersebut. 

Servis selepas jualan yang baik

Servis selepas jualan ialah nadi utama dalam menentukan hala tuju sesebuah jenama itu. Perodua cukup komited memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam kondisi baik.

Pelbagai inisiatif diambil untuk memastikan pelanggan terus mengunjungi pusat servis walaupun waranti kenderaan sudah tamat. Antaranya, mengenakan caj kos upah lebih murah bagi kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti.

Perodua Myvi jimat minyak – mitos atau realiti?

Selain penampilan yang sesuai dengan golongan muda, faktor utama yang seringkali menjadi pilihan utama sebelum membeli sesebuah kereta ialah penjimatan minyak.

Perodua Myvi seringkali menjadi kebanggaan setiap pemiliknya kerana dikatakan sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol, tidak kira versi manual ataupun automatik.

Jika dilihat spesifikasi enjin Perodua Myvi yang berkapasiti 1.3 liter, DOHC 16 injap, DVVT dan EFI, enjin jenis tersebut diakui oleh pengeluarnya iaitu Perodua sebagai enjin yang menjimatkan petrol.

BACA>>Perodua Myvi, Axia, Bezza tiga model paling laku di Malaysia, 97,373 unit setakat ini

BACA>>Pelik bagaimana Myvi ini tersangkut atas tebing tinggi dan lompat longkang besar

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here