Seorang maut, lima cedera kereta dinaiki masuk parit

477
Seorang maut manakala lima individu cedera selepas kereta dinaiki memasuki parit di Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, Sabah Bernam, pagi tadi.
 
Kemalangan kira-kira jam 6.20 pagi itu melibatkan Proton Wira yang turut dinaiki dua kanak-kanak perempuan selain sebuah lagi Honda Civic, namun pemandu tiada di lokasi kejadian.
 
 
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.24 pagi.
 

“Setibanya di lokasi, Proton Wira itu didapati berada di dalam parit yang berkedalaman satu meter. Pemeriksaan mendapati enam mangsa di dalam kereta itu iaitu dua lelaki dan empat wanita,” katanya.

Menurut Ahmad Mukhlis, dua lelaki berusia 50-an masing-masing berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan bomba, namun seorang daripada mereka disahkan meninggal oleh pasukan perubatan pada jam 6.48 pagi.

“Dua lagi wanita berusia 20 hingga 50-an dan dua kanak-kanak pula mengalami cedera ringan, manakala semua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan orang awam dan bomba,” ujarnya.



Sepasukan enam anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here