Mercedes-Benz G-Class versi elektrik bakal debut di Pameran Auto Beijing

46

Versi elektrik model ikonik Mercedes-Benz G-Class akan didedahkan pada 23 April di Pameran Auto Beijing (2024).

Pertama kali dipertontonkan menerusi konsep EQG pada 2021, SUV itu tidak akan menggunakan penjenamaan EQ.



Pihak syarikat memutuskan untuk menghapuskan label EQ secara berperingkat pada model elektrik. Versi pengeluaran model itu akan menggunakan G 580 dengan Teknologi EQ. 

Ketua Pegawai Mercedes, Ola Källenius menyatakan pelan G-Class elektrik seawal 2019.

Pada masa itu, beliau menjelaskan Mercedes melihat untuk menghentikan G-Class daripada mengubahnya untuk era elektrik tetapi merasakan bahawa Mercedes terakhir yang akan dibina sepatutnya menjadi ikonik off-roader.

GUNA EMPAT MOTOR

Walaupun butiran spesifikasi masih terhad, pameran awal dan ujian versi prototaip memberi bayangan perlengkapan empat motor dan pek bateri 100kWj, menjanjikan keupayaan off road luar biasa.

Selain itu G-Class itu dikatakan memiliki keupayaan pelaksanaan tank turn. Terdapat juga ciri tank turn berskala belakang yang boleh digunakan untuk menyorong kenderaan ke pusingan 90 darjah.

Ia memberi kelebihan pada laluan sempit yang mana laluan batu atau pokok besar menyukarkan SUV untuk melengkapkan pusingan konvensional.

Model konsep EQG itu menggunakan platform body on frame standard G-Class. Konsep ini juga menampilkan motor elektrik untuk menggerakkan setiap roda secara independen, serta transmisi 2-kelajuan shiftable. 

Mercedes tidak menyatakan jarak perbatuan bagi sekali cas penuh, tetapi syarikat menjelaskan bateri akan menampilkan bahan anod silikon tinggi yang membantu meningkatkan ketumpatan tenaga.

Mercedes juga akan membuat penampilan sulung kereta sport plug-in hibrid AMG GT 63 SE Performance 800-plus-hp, serta beberapa naiktaraf untuk EQS dan tawaran baharu daripada Maybach di Beijing.

Sebagai pasaran automotif tunggal terbesar di dunia, China memainkan peranan penting dalam strategi jangka panjang Mercedes‑Benz.

China merupakan rumah kepada tapak pengeluaran terbesar syarikat itu serta hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) paling komprehensif di luar Jerman.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Mercedes‑Benz memperkukuh keupayaan R&D di China, terutamanya dalam elektrifikasi dan pendigitalan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here