Kumpulan pertama Honda Odyssey ‘made in China’ dieksport ke Jepun

559

Persediaan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2040, Honda menutup kilang pemasangan Sayama pada Mac 2022.

Sekaligus mengorbankan model yang dipasang di kemudahan tersebut iaitu Honda Odyssey dan Honda Legend.



Selepas dua tahun vakum di pasaran asalnya, Honda membuat keputusan untuk membawa masuk model tersebut dari China.

Ia bukanlah idea baru kerana GAC Honda masih memasang Honda Odyssey. Pada 23 September lalu, GAC Honda menghantar kumpulan pertama Odyssey dari China ke Jepun.

Pengeluar kenderaan tersebut telahpun membuka tempahan Odyssey yang akan dipasarkan pada musim sejuk hujung tahun ini.

Honda Odyssey EX Black Edition akan dipasarkan eklusif di Jepun dalam bentuk e:HEV hibrid yang menggabungkan sistem hibrid 2.0-liter digunakan pada sedan hibrid Accord.

Kemasan hitam pada badan luar disematkan pada gril, perumah cermin sisi dan lampu belakang.

Honda Odyssey didatangkan dengan ciri peralatan seperti pelarasan berkuasa elektrik pada kerusi barisan kedua, pengecas tanpa wayar Qi, slot USB Type-A dan Type-C serta skrin infotainmen 11.4-inci dengan Honda Connect. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here