Kenali 5 ciri Honda Odyssey facelift 2022 di Malaysia, harga bermula RM275K

1360

Honda Malaysia melancarkan MPV tujuh-tempat duduk menerusi Odyssey facelift untuk pasaran tempatan.

Ia dijual pada harga RM275,311 atas jalan tidak termasuk insuran termasuk pengecualian SST hingga 30 Jun nanti. 

Ini adalah versi kedua facelift bagi model MPV berkenaan dan ini ciri-ciri baharu yang anda perlu tahu mengenainya, membabitkan:



1. Reka bentuk

Pada bahagian hadapan, Odyssey itu hadir rekaan jeriji depan dengan empat bilah melintang, bampar dan lampu LED baru untuk menyerlahkan lagi gaya elegannya.

Ia masih mengekalkan profil yang sama seperti sebelumnya untuk bahagian sisi, cuma dilengkapi dengan rim aloi baharu bersaiz 17 inci. 

Bahagian belakang hadir bampar serta lampu baharu untuk melengkapkan ciri model facelift ini. Ia juga dilengkapi lampu isyarat membelok bernyala berurutan (Sequential Turn Signal Lights) untuk depan dan belakang.

2. Perubahan kabin

MPV berkenaan menerima rekaan papan pemuka baru yang turut dilengkapi skrin sentuh lapan-inci di tengah untuk infotainmen dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Pada ruang kokpit, ia kini turut dilengkapi meter kluster TFT bersaiz 7 inci untuk menyalurkan maklumat informasi MPV berkenaan.

Seperti sebelum ini, kerusinya hadir konfigurasi 2-2-3, dengan barisan kedua menempatkan kerusi kapten dengan mekanisme ottoman. Ia boleh ditolak dan dilungsur dan sengetkan, sementara barisan ketiga boleh dilipat sepenuhnya.

Pintu belakang kargo belakang bebas-tangan yang boleh dibuka dengan mengesan pergerakan kaki pada bampar bawa, selain dilengkapi pintu berkuasa pada bahagian sisi.

3. Ciri Keselamatan

Odyssey dilengkapi dengan Honda Sensing sebagai ciri standard termasuk:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

4. Prestasi kekal seperti sebelum ini

Masih menggunakan enjin 2.4 liter DOHC i-VTEC dengan menghasilkan output 173 hp dan tork setinggi 225Nm serta dipadankan transmisi automatik CVT.

5. Warna

Ia ditawarkan dengan warna Platinum White Pearl, Premium Twinkle Black Pearl dan Super Platinum Metallic.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here