Polis cari penunggang ‘wheelie’ serta pecut 285km/j di jambatan kedua Pulau Pinang

1136

Polis sedang mengesan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di jambatan kedua Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superintenden Kamarul Rizal Jenal menerusi kenyataan media berkata, memaklumkan nombor pendaftaran motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ juga telah dikenal pasti.

Menurutnya, berikutan daripada video tular itu, satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Katanya, pihak PDRM memandang serius kejadian itu dan menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang sedia ada.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here