Tiga EV baharu Honda lancar di China, nama bermula dengan Ye

123

Honda memperkenalkan barisan kenderaan elektriknya di China yang mana ketiga-tiga model itu dinamakan Ye dan diikuti nama lain.

Kereta elektrik terbaru Honda itu memiliki nama Ye P7, Ye S7, dan Ye GT.

Ye P7 dan S7 adalah model crossover dengan memiliki bentuk sama mempunyai ciri khas pilar D yang tebal seperti Honda UR-V dan Avancier yang dijual di China.



Perbezaan antara P7 dan S7 terletak pada reka bentuk hadapan dan belakang. P7 lebih menampilkan gaya elegan dengan lampu depan dan belakang berbentuk huruf C.

Varian S7 tampak sporty dengan lampu depan berbentuk X dan lampu belakang berbentuk huruf H. 

Ciri lain boleh dilihat adalah pemegang pintu yang keluar seperti pada kereta elektrik masa kini. Juga terdapat kamera di hujung pintu depan sebagai pengganti cermin sisi konvensional. Selain itu, ketiga-tiganya dilengkapi dengan logo Honda yang lebih minimalis.

Ruangan kabin, P7 dan S7 memiliki dalaman yang sama dengan e:N1. P7 dan S7 dilengkapi dengan skrin sentuh besar berformat vertikal di tengah dan paparan instrumen digital di hadapan pemandu. 

Ciri lain yang akan ada pada kedua-dua kereta elektrik ini adalah sistem kawalan suara berdasarkan AI. Belum masa ini, tiada butiran  lengkap berhubung rangkaian kuasanya, pastinya P7 dan S7 akan ditawarkan dalam pilihan pacuan roda belakang (RWD) serta semua roda (AWD).

Bagi konsep Ye GT pula, ia adalah kereta sedan dengan rekaan sporty dengan warna merah. Bukan sahaja bahagian luar, aksen merah ini juga ada pada bahagian dalaman, termasuk panel instrumen dan skrin infotaimennya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here