MV Agusta Brutale 1000 RR Assen (2024), terhad 300 unit

398

MV Agusta memperkenalkan edisi terhad Brutale 1000 RR Assen (2024). Dipasang di Itali, jentera edisi terhad itu sebagai tanda penghormatan dan mengimbau kembali 35 kemenangan MV Agusta di Litar Assen.

Naked bike itu hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit hasil kolaborasi MV Agusta dan pihak litar. 



Kemasan dan komponen khas Edisi Assen boleh dilihat bermula daripada lambang khas, plak, panel gentian karbon, plat sisi aluminium dan pelana upholsteri Alcantara biru.

Meningkatkan penggayaan sporty adalah skema warna khas Assen menerusi gabungan  biru, perak dan emas. Versi tersebut juga lebih ringan 6kg menjadi 180kg daripada 186kg.

Janakuasa pula sama seperti yang digunakan pada MV Agusta Brutale 1000 RR menerusi enjin 998cc empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 208hp @ 13,000rpm dan tork 116Nm @ 11,000rpm.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen menawarkan peralatan terunggul menerusi fork terbalik hidraulik Öhlins Nix EC 43mm dengan travel 120mm serta penyerap hentak Öhlins EC TTX dengan travel 120mm.

Kedua-duanya dikawal secara elektronik serta tetapan redaman mampatan dan lantunan. Walaupun suspensi depan menampilkan pra beban manual, bahagian belakang dilengkapi dengan spring pra beban boleh laras secara elektronik.

Tidakk hanya suspensi Ohlins, Edisi Assen juga menggunakan rim Rotobox dengan tenunan gentian karbon berwarna biru bersama tayar Pirelli Diablo Supercorsa SPs.

Sementara, brek pula menggunakan kaliper 4-piston Brembo Stylema dengan dua cakera bersaiz 320mm serta master brek Brembo radial. Bahagian belakang pula  menggunakan Brembo 2-piston dengan cakera 220mm.

MV Agusta Brutale 1000 RR Assen akan hadir dengan kit komponen khas, antaranya ekzos  Titanium Arrow, tuil brek dan klac CNC dan penutup pelana penumpang gentian karbon.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here