
Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) dan TNG Digital melaksanakan kerjasama strategik bagi membolehkan pemilik kenderaan membuat tempahan dan pembayaran servis kereta terus melalui aplikasi TNG eWallet.
Inisiatif ini bertujuan memudahkan penyelenggaraan kenderaan dengan menawarkan proses digital hujung ke hujung, disokong lebih 50 pusat servis TCEAS seluruh negara.
Melalui mini program TCEAS dalam TNG eWallet, pelanggan kini boleh :
- Memilih pakej servis bersesuaian
- Memilih pusat servis, tarikh janji temu pilihan
- Membuat pembayaran terus menggunakan baki TNG eWallet
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, TCEAS turut memperkenalkan Pakej Rahmah yang ditawarkan secara eksklusif di platform tersebut bermula serendah RM109.
Walaupun di bawah jenama Tan Chong, perkhidmatan TCEAS tidak terhad kepada kenderaan Nissan sahaja.
Pusat servis TCEAS turut menerima pelbagai jenama lain seperti :
- Proton
- Perodua
- Toyota
- Honda
- Mitsubishi
- Mazda
- Subaru
- Hyundai
- Kia
Setiap kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan juruteknik bertauliah dan disertakan dengan waranti 6 bulan untuk alat ganti dan kos buruh.
Proses tempahan mengambil masa kurang 2 minit dan boleh dilakukan sepenuhnya dalam aplikasi dengan cara berikut :
- Buka aplikasi TNG eWallet
- Taip Tan Chong di ruangan carian
- Pilih mini program Tan Chong Ekspres Auto Service (TCEAS)
- Pilih pakej servis, pusat servis dan tarikh janji temu
- Selesaikan pembayaran melalui TNG eWallet
- Pusat servis TCEAS yang dipilih akan menghubungi pelanggan untuk pengesahan akhir
Mini program ini tersedia kepada semua pengguna TNG eWallet di seluruh negara.
Ketua Unit Perniagaan TCEAS, Kay Fock Soon berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
“Kerjasama dengan TNG Digital bukan sahaja memudahkan pelanggan sedia ada, malah membuka akses kepada lebih ramai pemilik kenderaan untuk mendapatkan perkhidmatan berkualiti daripada rangkaian TCEAS dengan cara yang lebih mudah dan telus,” katanya.
Majlis pemeteraian kerjasama itu berlangsung di ibu pejabat TNG Digital, Bangsar South, Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan melalui TNG eWallet boleh berhubung dengan Talian Khidmat Pelanggan 24 jam TCEAS di 1800-88-2447.





























