
Chery rasmi memperkenalkan J6T CSH pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2026 yang menjadi langkah baru syarikat dalam menawarkan pilihan SUV off road dari keluarga Chery Super Hybrid (CSH).
Secara asas model itu merupakan versi rebadge dari iCar 03T manakala di Thailand ia dijual menggunakan nama J6T REEV.
Dari segi rekaan, J6T CSH mempertahankan karakter berkotak J6 menerusi fender tebal. Ia memiliki panjang 4,503 mm, lebar (1,950 mm), tinggi (1,785 mm) dan jarak roda 2,783 mm. Ia lebih panjang 97 mm, lebih lebar 40 mm, lebih tinggi 70 mm berbanding J6 versi standard.
Bahagian janakuasa menggunakan enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan output 154hp dan tork 220Nm. Namun enjin itu tidak menggerakkan roda, melainkan bertugas sebagai generator untuk mengisi kuasa bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) dengan kapasiti 33.6kWh keluaran CATL.
Dengan mod EV, SUV itu mampu bergerak sejauh 190km yang kemudian dibekalkan dengan fungsi V2L kapasiti sehingga 6,000 watt.
Manakala, bahagian dalam Chery J6T CSH disematkan dengan skrin infotainmen berukuran 15.6 inci yang mendominasi konsol tengah.
Tempahan Chery J6T CSH sudahpun dibuka buat pengguna di Indonesia tanpa mendedahkan harga SUV berkenaan.


































