Aveta VZR250 rasmi dilancarkan di Malaysia, Harga bermula RM14,998!

1355

Aveta Malaysia memperkenalkan motosikal kategori sportbike menerusi VZR250.

Motosikal yang dijual bermula RM14,998, direka untuk penunggang muda dengan reka bentuk yang anggun dan moden.

Jentera itu sesuai untuk mereka berulang-alik melalui laluan bandar atau melalui jalan terbuka. Motosikal ini pasti memberikan tunggangan yang menarik dan menyeronokkan.



Aveta VZR250 dikuasakan rangkaian kuasa satu silinder, enjin DOHC 4 lejang. Ia didatangkan kotak gear 6-kelajuan dan sistem penyejukan cecair untuk memastikan enjin berjalan pada suhu optimum. 

Kuasa yang dijanakan oleh itu mencecah 25.4 hp dan tork maksimum 21 Nm yang memberi kuasa yang mencukupi kepada penunggang.

Satu ciri terbaik pada VZR250 ialah sistem bahan apinya, yang menggunakan EFI (suntikan bahan api elektronik). Isian penuh minyak untuk motosikal ini berkapasiti 14 liter.

Ia membolehkan penghantaran bahan api yang tepat dan membantu meningkatkan prestasi, selain memberi kecekapan enjin secara keseluruhan.

Baca juga >> Supermoped Aveta SR 180 lancar di Malaysia, harga RM10k

Baca juga >> Aveta V13R lancar di Malaysia, harga RM6k

Baca juga >> Aveta Ranger 110 – Pilihan kapcai baharu

Bagi kuasa hentiannya, ia dipadankan brek cakera berkembar dengan 4 piston di hadapan dan brek cakera tunggal dengan 2 omboh di belakang.  

Kedua-dua brek itu menggunakan teknologi CBS (sistem brek gabungan), yang membantu mengagihkan daya brek secara sekata antara roda hadapan dan belakang.

Ia menggunakan rim 17 inci dengan balutan tayar bersaiz 110/70-17 di hadapan, manakala belakang 150/70-17.  VZR250 boleh didapati dalam tiga warna hitam, merah dan biru.

Galeri gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here