Aveta V13R lancar di Malaysia, harga RM6k

3781

Aveta Global Marketing memperkenalkan kapcai Aveta V13R ke pasaran tempatan pada harga RM6,688 seunit.

Kapcai tersebut akan berada di 150 wakil pengedar sah Aveta seluruh negara bermula 20 November ini.



BACA>>WMoto perkenal kapcai WM110 versi naik taraf, harga RM3k

Didatangkan dengan empat pilihan warna badan perak, hitam, biru dan merah, kapcai berkenaan didatangkan dengan enjin 127cc SOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 9.1hp @ 7,500rpm dan tork 6.0Nm @ 7,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan.

Antara ciri peralatan yang didatangkan pada Aveta V13R adalah rekaan baharu meter analog, muffler ekzos baharu, lampu halogen bagi kesemua lampu bersama padanan lampu nyala siang (DRL) dan port USB.

Kedudukan lampu signal yang diletakkan pada dada fairing membuatkan kapcai itu mirip dengan model Yamaha ditambah dengan bentuk badan yang berlekuk tajam. 

BACA>>Had laju kapcai 70 km/j dikaji semula?

Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera 220mm dengan kaliper 2-piston di depan dan brek dram di belakang.

Keupayaan menyerap permukaan jalan yang tidak rata diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan dwi absorber di belakang bersama rim 17-inci.

Kapcai seberat 88kg itu memiliki dimensi badan panjang (1960mm), lebar (660mm), tinggi (1115mm) dan jarak roda (1310mm). Kapcai tersebut didatangkan dengan waranti 2 tahun atau perbatuan 20,000km. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here