Zaman remaja tunggang kapcai mungkin berakhir?

1532

Zaman remaja menunggang kapcai mungkin berakhir tidak lama lagi selepas polis mengemukakan cadangan kategori pelesenan baru kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan.

kapcai remaja
gambar hiasan

Cadangan tersebut menetapkan penunggang motosikal berusia 16 hingga 20 tahun hanya boleh menunggang motosikal bawah 70cc menjelang 2025.

“Undang-undang baru perlu dipertimbangkan dalam lima tahun akan datang untuk kategori pelesenan baru khas buat remaja, di mana mereka hanya boleh menunggang motosikal berkapasiti kecil atau elektrik berkuasa rendah,” kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin.



Ketika ini, kelayakan umur minimum untuk lesen motosikal ialah 16 tahun.

“Adakah kita mahu ‘kuda lumba’ untuk remaja ke sekolah atau belia ke tempat kerja dan membahayakan pengguna jalan raya lain atau adakah kita mahu ‘kuda kerja’?” tanya Bakri dalam majlis keselamatan jalan itu.

Cadangan polis itu dimasukkan dalam minit Mesyuarat Agung Tahunan MKJR ke-60 dan ia diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan kategori motosikal B3 yang baru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here