Ini kalendar Drift Kings 2021, bakal tiba di Malaysia pada November

1820

Drift Kings International Series telah mengumumkan kalendar 2021 mereka termasuk semua tarikh dan lokasi.

Musim 2021 nanti menjanjikan lebih cabaran dengan empat lokasi baharu berbanding tahun 2020. Pertamanya, siri ini akan kembali ke Sepanyol, dianjurkan oleh Volrace.



Kemudian hentian seterusnya ialah di Nürburgring (dengan kerjasama Skylimits), pusingan Touge di pergunungan Greece, dan kemudian melawat semula ke Tökol Arena di Hungary.

Kejuaraan ini juga akan menjanjikan persaingan sengit di litar berkaljuan tinggi Oschersleben Motorsport Arena di Jerman, dan akhir sekali, kembali ke Surres Racing Circuit yang menjadi kegemaran pemandu dan peminat.

Untuk mengakhiri musim 2021 nanti, kejuaraan akan menampilkan perlumbaan Superfinal di kepulauan Cyprus. Di sini, 8 pemandu terbaik Cyprus akan berentap dengan 8 pemandu terbaik Eropah, dan pemenang membawa pulang trofi SuperFinal.

Drift Kings Asia pula merupakan siri pertama diadakan di luar Eropah sejak 2015. Untuk 2021, siri ini akan kembali untuk musim kelima dengan kembalinya ke Malaysia.

Berikut adalah senarai pusingan Drift Kings untuk musim 2021:

Acara antarabangsa

EUROPE RD1 – APRIL 10/11 HUNGARY TOKOL

EUROPE RD2 – MAY 29/30 GREECE SERRES

EUROPE RD3 – JULY 2/3 SPAIN NAVARRA

EUROPE RD4 – AUGUST 7/8 GERMANY NURBURGRING

EUROPE RD5 – SEPTEMBER 17/18 GERMANY OSCHERSLEBEN

EUROPE RD6 – OCTOBER 2/3 GREECE NIGRITA

EUROPE FINAL – OCTOBER 9/10 GREECE SERRES

SUPERFINAL CYPRUS vs EUROPE – OCTOBER 16/17

ASIA SUPERCUP – NOVEMBER 13/14 MALAYSIA

Acara nasional

CYPRUS RD1 – APRIL 17/18

CYPRUS RD2 – JUNE 5/6

CYPRUS RD3 – JULY 10/11

CYPRUS RD4 – SEPTEMBER 4/5

CYPRUS FINAL – OCTOBER 16/17

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here