Pemuda ditahan buat ‘drift’ hingga terbabas

680

Seorang pemandu ditahan selepas memandu secara bahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, Batu Pahat. 

Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun yang memandu Toyota Supra itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar 12.15 tengah malam Rabu.

@bsptdbatupahat

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒 VIDEO 𝐕𝐈𝐑𝐀𝐋 𝐀𝐊𝐒𝐈 ‘𝐃𝐑𝐈𝐅𝐓’ 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐁𝐎𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐁𝐎𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 Tarikh Kejadian Kes Viral : 21/02/2024 Tempat Kejadian : Jalan Desa Botani Tarikh/Masa Kejadian : 20/02/2024@0015Hrs Jenis : Toyota Supra Warna : Silver Tindakan : Tangkap (1) L pemandu kenderaan tersebut dibawah Sek 42(1) APJ 1987 (Pindaan 2020) dan kenderaan yg digunakan telah dirampas. Hasil saringan air kencing negatif & OKT masukkan ke lokap IPD Batu Pahat untuk permohonan reman esok pagi di Mahkamah Batu Pahat Tempat : Balai Polis Trafik Batu Pahat 𝐆𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 #BSPTDBatuPahat #PolisDaerahBatuPahat #JSPTJOHOR #PolisJohor #kehadiranjsptdirasai

♬ original sound – 𝙱𝚂𝙿𝚃𝙳 𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃 – 𝙱𝚂𝙿𝚃𝙳 𝙱𝙰𝚃𝚄 𝙿𝙰𝙷𝙰𝚃



Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Batu Pahat mengesan video tular 37 saat di laman Facebook yang memaparkan kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda berkenaan yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan pada 1.15 tengah hari Rabu dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

“Tahanan reman ke atas suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat (pada Khamis),” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here