Chery Omoda E5: Buka untuk tempahan dan bakal dilancarkan 6 Mac ini!

260

Chery Malaysia mengumumkan kenderaan elektrik sepenuhnya, Omoda E5 akan tiba di pusat pameran jenama berkenaan di seluruh negara bermula 24 Febuari ini.

Pelanggan dan peminat kenderaan Chery dijemput untuk melihat secara langsung kenderaan itu serta membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi OMODA E5 pada Mac ini.

Kenderaan itu dijangkakan dijual kira-kira RM160,000 dan menjadi pilihan yang menarik untuk rakyat Malaysia yang mahu memiliki kenderaan elektrik pertama mereka.



Ini ciri- ciri utama yang korang kena tahu tentang Chery Omoda E5:

• Rangkaian kuasa elektrik yang canggih, memberikan kuasa impresif dengan 201hp dan tork setinggi 340Nm. Jarak pemanduan mencecah sehingga 430km mengikut Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP).

• Memiliki Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) yang menggabungkan
sensor canggih dan ciri kebolehcapaian, memberikan pengalaman
memandu yang lebih selesa serta menetapkan piawai baru bagi sistem ADAS dalam
pasaran kenderaan elektrik.

• Dikuasakan oleh bateri blade lithium iron phosphate berkapasiti tinggi 61 kWh yang
memastikan jarak jauh dan pengecasan yang pantas.

• Kadar pengecasan AC adalah 9.9kW, manakala pengecasan pantas DC beroperasi
pada 80kW. Pengecasan DC pantas boleh mengisi semula bateri dari 30% hingga
80% dalam hanya 30 minit.

Ruang dalamannya pula dilengkapi Kokpit pintar, sebuah inovasi penting menggunakan cip Qualcomm untuk interaksi manusia-kenderaan, dilengkapi dengan skrin dua-pinggir lengkung 2K HD sebesar 24.6 inci untuk pengalaman visual yang mendalam.

Jalan penuh air, jangan bimbang kerana Omoda E5 berjaya dalam Ujian Merentasi Air dan Ujian Mencengkam Lantai, membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini mampu mengendalikan pelbagai rintangan, memastikan pengalaman memandu yang lebih selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, layari https://www.chery.my/models/omoda-e5/.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here