Off The Grid: Enam aktiviti menarik di acara gaya hidup outdoor hujung minggu ini!

340

Acara gaya hidup outdoor, Off The Grid (OTG) bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor pada hujung ini.

OTG adalah subjenama Art of Speed (AOS) iaitu acara gaya hidup automotif terbesar di Asia Tenggara.  Ia diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun, FIELDSTYLE.

Namun pada tahun ini, OTG diadakan di Dewan A dengan keluasan 150,000 kaki persegi bersama dengan 4 ekar kawasan luar. 



Ini enam aktiviti menarik yang ada di OTG

1. PELBAGAI PILIHAN JENAMA GAYA HIDUP OUTDOOR 

Sama ada anda seorang peminat gaya hidup outdoor yang berpengalaman atau baru berjinak. Acara itu adalah tempat untuk mengetahui jenama tersohor barangan gaya hidup outdoor.

Antara jenama popular yang bakal mencuri perhatian anda di Dewan A membabitkan:

  • Montanic Adventure Store
  • Anbot Store
  • Campguru
  • Eiger Adventure

Pengunjung juga akan menemui jenama terkenal yang sinonim kepada peminat gaya hidup outdoor seperti:

  • Pahlawan Store
  • Outside Malaysia
  • EcoFlow dan banyak

Bagi peminat outdoor yang juga ingin menambah aksesori atau penambahan kepada kenderaan mereka, terdapat juga vendor yang memenuhi permintaan seperti

  • TJM 4×4
  • Titan Suspension
  • NoEqual
  • Kuzig

Produk dan jenama perkhemahan yang anda boleh nantikan di OTG 2024:

  • Tillak
  • Iwatani
  • Snow Peak
  • Chums 
  • Cargo Container 
  • Black Dog
  • Camping Moon
  • Fiskars
  • Aeroklas
  • Nite Core
  • Kinabalu Peak
  • Dan banyak lagi

2. BREW FESTA 

Apakah gaya hidup outdoor tanpa kopi? Lagipun, membancuh kopi di atas api panas telah menjadi budaya dan tradisi gaya hidup outdoor yang wajib dilakukan. 

Jika aroma kopi mengaktifkan neuron di otak anda, maka pastikan anda singgah ke Brew Festa – berkonsep ‘slow bar’ dengan tema outdoor/berkhemah.

Apakah itu “slow bar”, ia adalah bar kopi di mana barista meluangkan masa mereka untuk membuat kopi secara cermat. 

3. BBQ SHOWDOWN

Jika membakar daging di atas api terbuka di khemah outdoor lebih enak dan seronok!

Hos untuk BBQ Showdown (pertandingan BBQ) adalah MeatXpert Premium Butcher. 6 jenama (peserta), daging dan potongan premium, barbeku sepanjang hari, dan jamuan daging. 

Penggemar daging pastinya akan teruja dengan aktiviti “meatstravaganza” ini – acara memanggang daging akan berada di kawasan outdoor sebelah Dewan A.

4. MAKERS JAMBOREE & PASOR DINDA LADIES MARKET

Hanya ada dua puluh ringgit saja dalam poket anda? Memburu item vintaj? Mencari barang yang rare? 

Pengunjung pasti akan menemui barangan menarik pada harga murah di Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market. 

Pasor Dinda akan memberi anda vibe vintaj dan murah. Beberapa wanita dari Kuantan, Pahang akan datang ke OTG dan mengendalikan pasar lambak ini. 

Pasor Dinda juga akan menghiasi keseluruhan setup OTG 2024 dengan dekorasi seni dan penyediaan “artisan village” yang estetik.

5. AKTIVITI YANG MENARIK DAN KESERONOKAN UNTUK SEISI KELUARGA

Aktiviti gaya hidup luar adalah seronok dilakukan bersama keluarga dan OTG mempunyai banyak aktiviti tambahan untuk memenuhi keperluan semua orang dari semua peringkat umur. Ini termasuk:

  • Skimpool (atau skimboarding pool) – Sukan air yang membabitkan menunggang papan nipis, dikenali sebagai papan skim, di atas lapisan air yang nipis. Skimpool ini dianjurkan oleh La Rocka (dari Kota Bahru, Kelantan) di kawasan luar OTG Wet Park.
  • Surf Skate – oleh La Rocka.
  • Roller Disko – Akan ada kawasan khusus di dalam Dewan A untuk meluncur kasut beroda.
  • Piala Strider oleh @Striderskidsmalaysia.
  • Persembahan tradisional dan akustik, meet-up perhimpunan van camper, penggemar Mini RC Crawler dan banyak lagi di OTG 2024.

6. CABUTAN BERTUAH SETIAP JAM

Terbuka kepada semua pelawat yang membelanjakan RM100 dalam satu resit. Jumlah hadiah bernilai RM50,000 boleh dimenangi termasuk peralatan perkhemahan, barangan berjenama, pakaian untuk outdoor dan banyak lagi.

TIKET

Anda yang mahu ke OTG 2024, pas hujung minggu boleh didapati dalam talian dengan harga RM35. Pembelian tiket satu hujung minggu adalah sah untuk kemasukan tiga hari.

Tiket pas harian ialah RM15 melalui pembelian dalam talian. Sebarang pembelian dalam talian hanya akan dikenakan bayaran RM3 untuk yuran pemprosesan pada setiap tiket.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan Pemegang Pas OKU adalah masuk percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here