
BYD Malaysia rasmi memperkenalkan model yang paling ditunggu-tunggu pengguna tempatan menerusi rekaan yang moden dan termahal setakat ini iaitu BYD Seal.
Pasaran tempatan menerima dua pilihan varian iaitu :
-
Premium : RM179,800
-
Performance : RM199,800
Bakal bersaing dengan Tesla Modal 3 dan Ioniq 5, Seal disokong e-platform 3.0 BYD dan mengadaptasi teknologi cell to body.
Secara dimensi, Seal memiliki panjang 4,800mm, lebar (1,875mm), tinggi (1,460mm) serta jarak roda (2,920mm). Oleh itu, dimensinya bersaing dengan Tesla Model 3 dengan panjang 4,694mm, lebar 1,8750mm dan tinggi 1,443mm.
Varian Premium
- Didatangkan dengan motor tunggal berkuasa 313PS dan tork 360Nm
- Pacuan roda belakang (RWD)
- 0-100 kmj : 5.9 saat
- Bateri LFP 82.56 kWh
- Sekali cas menawarkan perbatuan 650km (NEDC), 570km (WLTP)
Varian Performance
- Didatangkan dengan dua motor berkuasa 530PS dan tork 670Nm
- Pacuan semua roda (AWD)
- 0-100 kmj : 3.8 saat
- Bateri LFP 82.56 kWh
- Sekali cas menawarkan perbatuan 580km (NEDC), 520km (WLTP)
PENGECASAN
Untuk pengecasan, Premium dan Performance pula menggunakan pengecasan AC Type 7kW dengan tempoh pengecasan 15.2 jam. Sementara, jenis DC lebih berkuasa sehingga 150kW yang mana hanya memerlukan masa 37 minit untuk isian bateri 10 hingga 80 peratus.
Di samping itu, BYD Malaysia menawarkan pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma kepada 800 tempahan terawal.
PENAMPILAN INSPIRASI LAUTAN
Bagi pilihan warna badan, pembeli Dynamic boleh memilih antara Cosmos Black dan Aurora White manakala Atlantis Grey dikhaskan untuk dua varian teratas. Sementara, versi tertinggi didatangkan dalam warna eksklusif Arctic Blue.
Penampilan BYD Seal terinspirasi dari keindahan lautan yang mana bahagian depan hadir dengan bentuk X yang sporty dan bergaya. Kesan premium juga boleh dilihat menerusi lampu belakang LED yang ‘boundless’.
Kemewahan sedan itu itu dirasakan melalui bumbung panoramik bersalut perak yang luas, tombol gear kristal, serta kabin yang mewah dan luas dengan sistem kokpit pintar.
Tawaran skrin berputar 15.6 inci di tengah kabin memberikan pemandu antara muka intuitif bagi penunjuk arah, hiburan dan tetapan kenderaan.
Selain itu, BYD menawarkan ruang but yang luas bersaiz 400 liter dan tambahan 50 liter di bawah bonet.
WARANTI
BYD menawarkan pakej waranti kenderaan 6-tahun atau 150,000km, waranti bateri selama 8-tahun atau 160,000km dan jaminan unit pemacu untuk tempoh 8-tahun atau 150,000km.