Raih pendapatan RM500 dalam tempoh 5-jam, pengemis kaya pandu Proton X70

351
Hanya dengan meraih simpati dengan kekurangan fizikal, seorang pengemis mampu memiliki sebuah Proton X70.
 
Kegiatannya terbongkar ketika operasi membanteras pengemis yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran di pasar malam Sri Jaya, semalam.
 
 
Pihak agensi mengesan lelaki yang berjubah tersebut melakukan aktiviti mengemis dengan memegang beg kertas meminta simpati orang ramai.
 
“Pegawai penguatkuasa JKM bertanyakan tujuan dia meminta sedekah namun tidak dijawab. Kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu.
 
“Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam. Berkali-kali penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi  tetapi tidak mendapat respon.
 
“Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya, bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal),” tulisnya pada hantaran Facebook. 
 
Ketika kakitangan JKM mengekorinya ke kereta bagi mendapatkan kad pengenalan, alangkah terkejutnya apabila mendapati pengemis tersebut memandu sebuah Proton X70 Premium.
 
Hasil siasatan lanjut mendapati, lelaki yang tinggal di Balok, Kuantan itu memperoleh RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam mengemis di pasar-pasar malam.
 
Bahkan, dia juga menerima elaun pekerja OKU bulanan dari JKM sebanyak RM450 sejak tahun 2001.
 
“Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya,” jelasnya. 
 
Proton X70 didatangkan dengan enam varian yang mana versi Premium dijual pada harga mula RM123,800 manakala bayaran bulanan dianggarkan RM2,000.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here