Bekas kelindan lori lepas pertuduhan bakar 34 motosikal

106

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas kelindan lori daripada pertuduhan membakar 34 motosikal di parkir Projek Perumahan (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, dua tahun lalu.

Hakim Norina Zainol abidin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Saiful Adey Mohd Noor,36, di akhir kes pendakwaan.



“Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan dan meneliti hujahan pembelaan serta pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

“Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Mohd Saiful Adey yang duduk di kandang tertuduh dengan tangannya bergari dilihat gembira selepas keputusan itu.

Prosiding dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn dan peguam M.Soosai Raj yang mewakili Mohd Saiful Adey.

Perbicaraan kes bermula 5 Oktober tahun lalu dengan lima saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Pada 30 September 2022, Mohd Saiful Adey mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan cecair mudah terbakar iaitu petrol sehingga menyebabkan motosikal tersebut hangus terbakar di parkir Blok G, PPR berkenaan pada 2.21 pagi, Julai 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here