Cemburu bekas isteri jalin hubungan, 34 motosikal terbakar di PPR Kg Muhibbah

1690

Dalam kejadian Rabu lalu sebanyak 34 buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur. Insiden yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.21 pagi itu dipercayai perbuatan khianat.

Terkini bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Daerah Cheras membuat risikan dan tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan yang berusia antara 31 hingga 43 tahun di kawasan perumahan PPR berkenaan.



“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri suspek dengan salah seorang pemilik motosikal. 

“Kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Suspek direman selama enam hari bermula 7 hingga 12 Julai bagi membantu siastaan. Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Firdaus Eber di talian 014-3649458.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu yang memusnahkan 34 unit motosikal yang diparkir rapat satu sama lain dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana ada unsur khianat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here