Porsche 911 Carrera dipandu warga asing punca kemalangan maut di Cheras

2001

Seorang maut dan empat lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan dalam satu kejadian berhampiran Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur dalam kejadian jam 2.10 pagi semalam. 

Siasatan awal kemalangan Porsche 911 Carrera 4S, Proton X70 dan Honda EX5 itu dipercayai berlaku kerana pemandu Porsche hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.



“Porsche 911 yang dipandu dari pusat bandar menghala ke Bulatan Cheras itu terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

“Kemudian berpusing memasuki laluan bertentangan dan melanggar Proton X70 dan motosikal EX5 yang datang dari arah Bulatan Cheras menghala pusat bandar,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar.

Pemandu X70 yang berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian manakala empat individu termasuk pemandu dan penumpang Porsche serta penunggang dan pembonceng Honda EX5 cedera parah.

Pusat Gerakan Bomba (PGO) Kuala Lumpur melaporkan mangsa yang menaiki Porsche 911 merupakan seorang lelaki dan wanita warga asing manakala penunggang dan pembonceng motosikal merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here