Tular keluarga pengemis elite, miliki kereta dan beberapa buah motor baharu…

4184

Kegiatan sebuah keluarga dengan 12 orang anak menjadikan pengemis sebagai pekerjaan terbongkar selepas ditangkap pihak berkuasa Kotawiringin Timur, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Polis Pamong Praja dan Jabatan Sosial Daerah Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah terkejut setelah melihat sebuah kereta dan sejumlah motor baharu di halaman rumah ketika menghantar lima anak pengemis berkenaan pulang. 



“Walaupun bukan mobil baru, tapi tetap saja itu bukan barang murah. Juga ada sepeda motor baru. Mereka juga mengenakan perhiasan emas dan handphone android.

“Kehidupan mereka tidak menggambarkan orang tidak mampu yang terpaksa meminta-minta,” kata jurucakap polis.

Jelasnya, sehari mereka mendapat wang sebanyak Rp200,000 (RM58) seorang secara purata. Bahkan orang tuanya juga mengakui kenderaan yang dimiliki adalah hasil mengemis.

“Anak-anak ini akan mula bekerja dari jam tiga hingga lima petang sekitar dua jam dengan rata-rata Rp 200,000 sehari, jadi jika dihitung lima orang anak, mereka boleh mendapat Rp 1 juta (RM290),” katanya.

Difahamkan ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga mengemis sebelum ini namun sudah bersara dan kini anak mereka pula dikerahkan menjadi pengemis. Manakala bapa mereka bekerja sebagai buruh. 

Menurut pihak berkuasa, keluarga dengan 12 anak ini dulunya juga pernah ditangkap dalam operasi gelandangan dan pengemis, namun mereka kemudian kembali ke Sampit.

Pada operasi penangkapan pengemis itu, pihak berkuasa menangkap sembilan orang pengemis yang mana semuanya memiliki pertalian saudara. Lima orang adalah saudara kandung dan umumnya masih di bawah umur, sedangkan empat orang lain saudara. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here