Kekasih tayang garaj koleksi kereta Ronaldo bernilai RM96 juta

2975

Menerusi dokumentari I Am Georgina terbitan Netflix,  peminat berkesempatan melihat garaj kereta milik Cristiano Ronaldo apabila pasangannya, Georgina Rodriguez berkongsi lawatan di rumah agam mereka.

Cristiano Ronaldo merupakan salah satu pemain bola sepak ternama dunia yang cukup dikenali dengan koleksi kereta mewah hasil bermain dengan beberapa buah kelab terkenal.



Menerusi dokumentari itu, pelbagai kereta mewah milik Ronaldo didedahkan kepada umum dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah sekitar paun sterling 18 juta (RM96 juta).

Dalam garaj bintang Manchester United itu, dia memiliki pelbagai jenis supercar seperti Bugatti Chiron berharga RM11 juta, Ferrari 599 GTO yang dianggarkan bernilai RM2.8 juta disusuli McLaren Senna berharga RM4.2 juta.

Terdapat juga Rolls-Royce Cullinan RM1.7 juta serta ‘saudaranya’, Rolls-Royce Phantom Drophead coupe bernilai RM2.8 juta.

Di bahagian lain, Georgina turut menunjuk Bugatti Veyron (RM8.5 juta), Mercedes-Benz S65 AMG berwarna putih (RM1.1 juta), McLaren MP4-12C berwarna jingga (RM1.2 juta), Lamborghini Aventador (RM1.5 juta) dan hadiah daripada Georgina sendiri, Merc G-Wagon Brabus (RM3.4 juta).

Di satu lagi bahagian garaj itu, terdapat sekurang-kurangnya empat lagi kereta iaitu Ferrari berwarna perak, Mercedes AMG GLE 63 serta satu lagi Mercedes yang digunakan untuk kehidupan seharian.

Ronaldo turut menambah koleksi baharu Bentley Flying Spur berharga RM1.4 juta selepas pulang ke England meskipun sudah memiliki Bentley Continental GT sebelum ini.

Selain itu, Ronaldo turut memiliki kereta edisi terhad, Bugatti Centodieci berharga RM8.5 juta yang hanya dikeluarkan sebagai 10 unit sebagai koleksinya pada tahun 2020.

Pada tahun itu juga, dia dilihat mengadakan lawatan ke syarikat Ferrari dan menempah Ferrari Monza berharga RM7.9 juta. Ronaldo juga memiliki Lamborghini Urus dan Chevrolet Camaro dengan kereta paling murahnya adalah sekitar RM226,000.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here