Lebih 300,000 unit Toyota GR Yaris terjual dalam Gran Turismo Sport

1382

GR Yaris menjadi suatu kebanggaan bagi Toyota, baik dalam dunia nyata mahupun dalam dunia maya. Ini kerana, model tersebut laku keras dalam permainan video Gran Turismo Sport.

Menurut GTPlanet, Toyota GR Yaris berjaya dijual sebanyak 310,000 unit dalam masa sebulan selepas diperkenalkan dalam permainan video yang popular dalam PlayStation 4 (PS4) tersebut.



GR Yaris juga terdapat dalam permainan video WRC 9 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Microsoft Windows dalam spesifikasi Rally Concept.

Sebuah lagi model GR yang dilancarkan, GR Supra turut berjaya dijual sebanyak hampir 1.8 juta unit dalam Gran Turismo Sport.

Untuk makluman, berdasarkan platform GA-B terkini pada bahagian hadapan dan platform GAC pada bahagian belakang yang digunakan, GR Yaris menawarkan sistem pacuan semua roda GR-Four dan susunan suspensi baru dengan double wishbone di belakang.

Toyota GR Yaris

Selain itu, sistem brek pula terdiri dari cakera 356mm di depan dengan angkup aluminium GR 4-piston, dan 297mm di belakang dengan 2-piston.

GR Yaris dikuasakan oleh enjin 1.6-liter 3-silinder DOHC dengan intercooler turbo yang mampu menghasilkan sehingga 257hp dan 360Nm tork untuk model di Eropah dan 268hp dan 370Nm tork untuk model di Jepun.

Toyota GR Yaris

Digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan, hot hatch yang mempunyai berat 1,280kg ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang dari 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 230km/j. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here