Tiada kos tersembunyi dalam airasia food

1492

Platform penghantaran makanan baharu AirAsia, airasia food, terus menawarkan kemudahan kepada peniaga untuk menyertai platform itu tanpa sebarang kos tersembunyi.

airasia food

Airasia food yang dilancarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei 2020 menawarkan penyelesaian yang mudah dan lancar pada harga berpatutan kepada peniaga kerana ia mengenakan harga tetap dan komisen terendah hanya 10 peratus.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, peniaga boleh mendaftar pada harga tetap dan kemudian beralih kepada komisen 10 peratus.

Airasia food menawarkan perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, memberikan peniaga kawalan sepenuhnya dalam menguruskan menu dan harga makanan mereka.

Airasia food juga menawarkan liputan penghantaran sehingga 60 kilometer berbanding platform perkhidmatan pesanan makanan lain yang hanya menawarkan liputan penghantaran sehingga 15 atau 20 kilometer,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes

Menurut Tony, pihaknya mengenakan harga tetap terendah dalam industri penghantaran makanan, dan berharap ini memberikan ‘kemerdekaan’ kepada restoran di luar sana.

Airasiafood akan dilancarkan di Singapura pada akhir Januari 2021, dan akan dikembangkan ke bandar-bandar Asean lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here