Yamaha Exciter 155 (Y-Suku) dilancar di Vietnam, ciri baharu, dari RM8.2k

4483

Model tahun 2021 bagi Yamaha Exciter 155 VVA atau lebih sinonim dengan nama Yamaha Y15ZR di Malaysia telah diperkenalkan oleh Yamaha Motor Vietnam.

Yamaha Exciter 155

Dengan slogan ‘Ride the next level – Conquering a new level’, Yamaha Exciter 155 2021 kini hadir dengan penampilan dan ciri mekanikal yang agak menarik berbanding model sebelumnya.



Yamaha Exciter 155 2021 dikuasakan oleh enjin 155cc yang mampu menghasilkan 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm tork pada 8,000rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan dan sistem klac A&S (assist & slipper) yang akan membantu meningkatkan cengkaman klac.

Yamaha Exciter 155

Dari segi penampilan, model baharu ini kini disertakan dengan reka bentuk lampu yang baharu, bermula dengan lampu utama yang lebih kecil, lampu nyalaan siang LED, lampu membelok di bahagian sisi dan lambu belakang yang menyerupai Yamaha YZF-R1.

Selain penyertaan sistem kunci pintar, semua paparan seperti kelajuan, kedudukan gear, odometer dan kapasiti tangki bahan api boleh dibaca menerusi paparan LCD digital serba baharu.

Yamaha Exciter 155

Ditawarkan dalam dua versi iaitu premium dan standard, hanya versi premium yang akan disertakan dengan sistem angkup brek hadapan dua omboh, sistem kunci pintar dan soket pengecasan peranti pintar 12V.

Harga jualan pula bermula 46.99 juta Dong (RM8,239) sehingga 50.49 juta Dong (RM8,853). Warna yang ditawarkan dalam versi premium ialah green GP, matte red, white red dan rough black. Tawaran warna dalam versi standard pula terdiri dari matte red, white red dan shiny black.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here