Terkini: Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan pula sehingga 30 Jun 2021

1756

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Ia sebelum ini sepatutnya ditamatkan 31 Disember ini.

Hal ini bermakna tempoh pengecualian cukai SST bagi model CKD dan CBU (seperti yang tertakluk sebelum ini) akan dipanjangkan dalam masa 6 bulan lagi.



Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa semua kereta penumpang (kecuali kenderaan komersial) yang dipasang di dalam negara (CKD) terus dikecualikan daripada membayar cukai jualan (SST) 100 peratus sehingga 30 Jun 2021.

Sementara itu, kereta baharu dan import yang diimport sepenuhnya (CBU) pula akan terus membayar cukai jualan separuh dari kadar normal (50 peratus) sehingga tarikh yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Malaysia dilaporkan telah menolak rayuan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk memanjangkan tempoh pengecualian cukai SST.

Walaupun dilihat sebagai suatu langkah yang positif bagi pembeli, ini pastinya membuatkan mereka di pihak syarikat kenderaan agak kelam-kabut.

Daripada menghabiskan cuti hujung tahun, mereka sebaliknya terpaksa merombak semula struktur harga kenderaan, perangkaan tahunan dan pelbagai lagi aspek kewangan lain.

Pengumuman ini juga akan mempengaruhi harga beberapa kereta import yang baru dilancarkan seperti Toyota GR Yaris dan mungkin Honda City RS.

Model-model ini dilancarkan dengan tanggapan penghantaran akan dilakukan pada tahun 2021, oleh itu cukai jualan SST juga telah dikira. Kini syarikat kereta terpaksa menolak pula SST dari struktur harga.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here