Kereta Proton mampu beri perlindungan dari Covid-19?

1396

Tidak dinafikan, banyak masa kita dihabiskan di dalam kereta, memandu ke tempat kerja dan sebagainya.

Tapi dalam kita mengamalkan norma baharu, selain dari memakai pelitup muka, adakah kabin kereta suatu tempat yang selamat dan bersih?



Jika kita memandu dengan tingkap tertutup sekalipun, udara dalam kereta tetap dipengaruhi dari udara luar. Ini bermakna kereta kita sebenarnya memerlukan penapis kabin yang efektif untuk memastikan udara dalam kabin selamat dan bersih.

Dan mungkin kita tida sedar, penapis kabin juga perlu kerap diperiksa dan diganti bila perlu, sama seperti komponen lain seperti palam pencucuh, penapis minyak, tayar dan minyak-minyak lain.

Tahukah anda, Proton menawarkan penapis kabin untuk rangkaian kereta mereka seperti X70, Saga, Persona, Iriz, Exora dan X50. Bukan penapis kabin biasa ya, tetapi penapis N95!

N95 – Benteng pertahanan tambahan

Jadi, apa istimewanya penapis kabin N95 ini? Bezanya dari penapis kabin biasa ialah tahap kecekapan ia menapis kotoran.

Penapis kabin N95 boleh menyingkirkan 95 peratus kotoran dan zarah sehingga sekecil 0.3µm (mikron) dan 98 peratus zarah habuk PM2.5. Ini menghasilkan kesan seperti pembersih udara (air purifier) yang menapis habuk, bakteria dan pencemaran lain.

P-IAPS – Proton Intelligent Air Purification System

Apa yang lebih menarik ialah P-IAPS dalam Proton X70. Datang siap dari kilang, sistem P-IAPS atau Proton Intelligent Air Purification System ini menggabungkan kebaikan air purifier dan penapis kabin N95.

P-IAPS menggunakan penapis High Efficiency Particulate Air (HEPA) yang menyingkirkan 99.97 peratus kotoran sehingga sekecil 0.3 mikron. Sementara itu, ia juga mempunyai ioniser yang menyahcas ion-ion negatif untuk membersihkan udara.

Jadi dengan kemampuan membersihkan udara sebegini, tidak keterlaluan jika dikatakan kenderaan-kenderaan Proton mampu memberi anda perlindungan tambahan di masa pandemik ini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.proton.com/en/promotions/proton-intelligent-air-purification-system.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here