Proton X70 versi CKD dilancar, ini 8 perkara baharu yang wajib anda tahu

2899

Hanya selepas setahun lebih sedikit sejak pelancaran Proton X70, SUV paling laris itu kini diberi kemaskini untuk tahun 2020.

Berbanding versi CBU (import sepenuhnya) sebelum ini, X70 kini hadir dalam versi CKD, dipasang di kilang Proton di Tanjung Malim yang baru menerima naiktaraf bernilai RM1.2 bilion.



Proton X70 CKD ini dilancarkan dengan harga dari RM94,800 untuk Standard 2WD hingga RM122,800 untuk Premium X 2WD.

Jadi, apa lagi yang baharu pada X70 CKD ini? Mari kita lihatkan 8 perkara baharu padanya:

  1. Perubahan pada pilihan varian

X70 CKD masih ditawarkan dalam 4 varian, tetapi telah berlaku beberapa pelarasan. Dengan Standard 2WD, Executive 2WD, Premium 2WD dan Premium 2WD X, ini bermakna varian AWD telah digugurkan.

Premium X 2WD ialah versi dengan bumbung suria (sunroof), jadi pembeli kini boleh memilih mahu sunroof pada X70 mereka atau tidak.

  1. Logo Proton baharu

Tidak banyak perbezaan X70 CKD ini di bahagian luar. Cara paling mudah untuk mengenalnya ialah dengan logo baharu di gril depan.

Ia menggunakan logo Proton baharu dengan kepala harimau di-zoom di bahagian tepi. Tetapi ada kemungkinan pemilik X70 CBU akan menukar kepada logo ini juga kemudian, hmm…

  1. Warna baharu

Pilihan warna sedia ada pada X70 CBU adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red. Untuk versi CKD, SUV itu akan mendapat warna baharu Space Grey.

  1. Enjin lebih bertenaga

Proton X70 CKD masih menggunakan unit enjin yang sama, iaitu 1.8 TGDi turbo yang berkuasa 184hp. Tetapi enjin ini telah ditingkatkan keupayaan torknya, kini pada 300Nm berbanding 285Nm sebelum ini.

  1. Transmisi DCT baharu

Kami pasti anda telah mendengar dan terbaca mengenai ini. Ya, Proton X70 CKD datang dengan transmisi baharu, unit DCT dwi-klac 7-kelajuan jenis klac basah.

Transmisi yang menggunakan shift-by-wire ini menjadi penyebab enjin 1.8 TGDi itu ditingkatkan torknya. Transmisi ini juga menampilkan kecekapan lebih baik (hingga 97%), penukaran gear lebih pantas dan lancar, serta mempunyai pilihan mod Normal, Eco dan Sport.

  1. Pintu but berkuasa dengan pengesan kaki

Mungkin ini antara ciri yang menambahkan karakter premium X70. Pintu but berkuasa ini dibuka apabila ia mengesan kaki di bawah bampar belakang.

Ia juga boleh diposisikan kepada 5 bukaan berbeza dengan pelarasan ketinggian yang boleh diprogram.

  1. Tempat duduk depan dengan penghawa dingin

Satu lagi ciri premium baharu ialah tempat duduk depan dengan rongga pendingin hawa. Ia mengalirkan udara dari sistem pendingin hawa ke permukaan tempat duduk untuk keselesaan dan boleh dilaras dengan 3 kelajuan.

  1. Tempat duduk belakang boleh-laras

Tempat duduk belakang X70 CKD kini boleh dilaras 2 posisi, dengan sudut sandaran 27- dan 32-darjah.  Bahagian kiri dan kanan juga boleh dilaras berasingan dengan pemisahan 60:40.

Jadi, itu dia 8 perkara baharu pada Proton X70 CKD 2020 ini. Untuk maklumat perincian spesifikasi, anda boleh baca di sini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here