Litar kereta kawalan jauh (RC) ketiga terbesar Asia Tenggara kini dibuka di SACC Mall

2026

Litar kereta kawalan jauh (RC) terbesar negara kini dibuka di aras bumbung pusat membeli-belah SACC Mall, Shah Alam, Selangor. 

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata SACC Mall RC Park juga merupakan litar aras bumbung ketiga terbesar Asia Tenggara dan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi outdoor. 



“Kami percaya penganjuran bersama SACC Mall dan Bazaarlokal ini menjadi aktiviti luar yang hebat kerana menepati cita rasa semua generasi terutamanya golongan muda,” katanya.

BACA>>Serangan Joker di kereta api Tokyo, penumpang lari bertempiaran ikut tingkap

Sementara itu, Pengarah RC Planet, Suah Kim Heng berkata individu yang mahu mencuba boleh mendapatkan kereta permainan dari premisnya yang terletak di aras lima SACC Mall.

“Mereka boleh terus menggunakan trek RC pada kadar RM20 sehari. Peluang ini perlu dikongsikan kepada lebih ramai lagi yang memiliki hobi sama,” katanya.

 

Sumber Foto: FB RC Planet Malaysia

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here