Serangan Joker di kereta api Tokyo, penumpang lari bertempiaran ikut tingkap

2698

Kecoh di Jepun apabila seorang Joker menyerang dan membakar salah satu daripada 10 gerabak kereta api Keio Line di Shibuya, Tokyo.

Dia yang berpakaian seperti Joker dalam filem Batman itu dilapor menyerang penumpang sehingga mereka berlari bertempiaran menyelamatkan diri menerusi tingkap gerabak.



Difahamkan 17 mengalami kecederaan dan saksi memberitahu suspek menyembur cecair jernih dalam kabin lalu menyalakan api. Serangan tersebut berlaku pada jam lapan malam waktu tempatan.

“Saya ingat lawak Halloween. Kemudian nampak seorang lelaki berjalan dan melibas pisau panjang,” kata seorang saksi.

BACA>>Hilang barang di stesen kereta api Jepun? Jangan risau, pasti jumpa

 
Mengapa suspek memilih 31 Oktober kerana ia adalah hari Halloween yang mana kebiasaannya perarakan Halloween diadakan di salah satu persimpangan jalan paling sibuk di dunia tersebut iaitu Shibuya.
 
 
Selepas melakukan serangan, suspek yang dikenali sebagai Kyota Hattori duduk dengan tenang sambil menghisap rokok. 
 

Dia ditahan serta-merta oleh pasukan polis. Menurut laporan Kyodo, lelaki itu memberitahu dia mengagumi watak Joker dalam komik/filem Batman. 

Media tempatan menyatakan suspek memberitahu pihak berkuasa yang dia mahu membunuh supaya dikenakan hukuman mati. Jabatan Bomba Tokyo menyatakan tiga mangsa mengalami cedera parah dan seorang warga emas tidak sedarkan diri selepas ditikam. 

Serangan itu adalah yang kedua melibatkan pisau di kereta api Tokyo dalam tempoh tiga bulan. 

Ogos lalu, sehari sebelum majlis penutupan Sukan Olimpik Tokyo, seorang lelaki berusia 36 tahun menikam 10 penumpang dalam serangan rambang kereta api di Tokyo. Suspek kemudian memberitahu polis bahawa dia mahu menyerang wanita yang kelihatan gembira.

@lilith_7_

A man dressed as Joker (from batman movie) who allegedly have a knife, acid spray and set a train in Japan into fire. I hope everyone is safe. **Video captured by a twitter user #train #joker #japan

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here