Wajib buat ujian covid-19 untuk perjalanan darat lebih 250km

1389

Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan peraturan baharu bagi rakyat tempatan yang ingin melakukan perjalanan darat ketika pandemik.

BACA>>Serangan Joker di kereta api Tokyo, penumpang lari bertempiaran ikut tingkap

Individu yang ingin menggunakan perjalanan darat dalam negeri dengan jarak minimum 250km atau empat jam perjalanan diwajibkan melakukan ujian Covid-19 dan menunjukkan kad vaksinasi.

Peraturan baharu itu diguna pakai untuk semua pengguna kenderaan perseorangan, kenderaan bermotor umum dan motosikal termaktub dalam Surat Edaran Nombor 90, Tahun 2021 yang disemak oleh Surat Edaran Menteri Perhubungan Nombor 86, Tahun 2021.

Jom Baca:   Polis kejar MPV lawan arus selepas cuba lari SJR

BACA>> Tol RFID dengan pengecaman kamera nombor plat dan Sistem AI mula operasi di Pulau Pinang

Individu haruslah mengemukakan keputusan ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang negatif tiga hari sebelum perjalanan atau ujian pantas (RTK) antigen dalam tempoh 24 jam.

Manakala bagi golongan pemandu dan pembantu pemandu kenderaan logistik, mereka perlu mengemukakan kad vaksinasi, keputusan ujian RTK negatif yang sampelnya diambil maksimum 14 hari sebelum perjalanan dilakukan. 

Selain itu, pengembara yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh menggunakan pengangkutan darat juga perlu menyediakan dokumen yang sama dan peraturan itu akan dilaksanakan sehingga pemberitahuan kelak dan mungkin diteruskan mengikut kesesuaian keadaan.

Jom Baca:   Kereta paling kecil di dunia, Peel P50 dilelong lebih RM600k

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here