Honda RS-X 2022 lancar di Malaysia, inikah pesaing Y16ZR?

2786

Boon Siew Honda rasmi melancarkan Honda RS-X (2021) menerusi rekaan yang agresif berbanding model RS 150 R sedia ada.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan, sementara di belakang terhidang penyerap hentak tunggal.



Lampu LED berkembar terletak sedikit ke bawah, ekzos dan juga rekaan panel meter digital tampak baharu.

Sistem ABS saluran tunggal diadunkan dengan brek cakera depan dan belakang dalam memastikan sisem brek yang selamat dan terbaik bagi penunggang.

Saiz tangki minyak 4.5 liter dipadankan dengan ketinggian pelana 795 mm.

Sementara rim bersaiz 17 inci dipadankan dengan tayar 90/80R17 di depan dan 120/70R17 di belakang.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan Trico Edition, Lemon Ice Yellow dan Candy Carribean Blue Sea.

 

 

Trico Edition
Lemon Ice Yellow
Candy Carribean Blue Sea

Harga yang ditawarkan bagi pasaran tempatan adalah RM 8,688, tidak termasuk cukai jalan dan insuran serta lain-lain yuran.

BACA>>Lelaki Vietnam ini mahu tolak Super Cub 82 pada harga RM93k, dah boleh beli CB1000R sebiji!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here