Utama Berita Automotif Litar Suzuka tawar ‘memento’ unik untuk para peminat

Litar Suzuka tawar ‘memento’ unik untuk para peminat

15

Litar Suzuka yang pernah menjadi lokasi penganjuran sukan berprestij seperti MotoGP dan Formula Satu kini sedang menjalani proses penurapan semula. 

Sebagai tanda penghargaan, pihak pengurusan Suzuka International Racing Course menawarkan peluang kepada para peminat untuk memiliki cenderahati istimewa yang unik, berupa seksyen aspal lama daripada permukaan litar lumba tersebut. 

Struktur aspal berbentuk silinder itu diperoleh dengan cara menebuk ke bawah daripada permukaan jalan litar. 

Saiz dimensi serta harga untuk cenderahati unik itu masih belum diumumkan. 

Dalam satu kenyataan rasmi oleh Suzuka Circuit, “Disebabkan oleh kerja-kerja penurapan semula di Litar Barat, kami membuat keputusan untuk menjual kepingan aspal daripada litar lumba yang pernah menjadi lokasi sukan F1 dan Suzuka 8 Hours. 

Suzuka Circuit merupakan sebuah litar lumba sepanjang 5.807 km yang dikendalikan oleh Honda Mobilityland, sebuah subsidiari Honda Motor Co. Ltd. 

Ia pada asalnya direka sebagai sebuah litar ujian Honda oleh John “Hans” Hugenholtz pada tahun 1962 dan telah diubah suai sekurang-kurangnya lapan kali sejak daripada tempoh tersebut. 

Litar tersebut boleh disesuaikan dalam lima konfigurasi, iaitu litar penuh, litar motosikal penuh, litar timur Suzuka, litar barat Suzuka (kereta), dan litar barat Suzuka (motosikal). 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here