Belum lagi lancar, Honda Civic Type R baharu sudah pecah rekod litar Suzuka

927

Belum dilancarkan, tetapi Honda Civic Type R generasi baru memang sebuah jentera yang luar biasa apabila ia memecah rekod terpantas di litar Suzuka, Jepun, baru-baru ini.

Ia menjadikan kenderaan hatchback lima pintu yang mengelilingi litar berkenaan dalam masa 2:23:120 minit. Untuk makluman, rekod itu adalah bagi segmen model pacuan roda hadapan (FWD). 

Model itu lebih pantas berbanding Civic Type R semasa yang memerlukan 2:23:993 minit untuk mengelilingi litar berkenaan.



Perbezaannya tidak terlalu ketara, tetapi setiap masa yang dikira menjadikan model generasi baharu itu mencapai pencapaian yang luar biasa. 

Sama seperti Civic Si, Type R baru masih mempercayakan transmisi manual dan menggunakan 2.0 liter V-TEC turbo.

Penggayaan pastinya akan dipertingkatkan berbanding model Type R semasa. Difahamkan ia masih menggunakan enjin turbo, transmisi manual, limited-slip differential dan spoiler lebih besar.

Bagaimanapun, Honda masih belum mengeluarkan sebarang butiran rasmi tentang hatch baharu, mereka hanya mengatakan ia akan menjadi “Civic Type R berprestasi terbaik pernah dihasilkan.”

Bagi model Civic Type R semasa, ia menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged yang menghasilkan 306 atau 320hp yang disalurkan ke kotak gear manual 6-kelajuan.

GALERI GAMBAR

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here