#Tips: Kos kurang RM5 untuk hilang bau busuk kenderaan

3639

Rata-rata individu pasti pernah berdepan dengan masalah kenderaan berbau busuk disebabkan hapak kasut, bau buah -uahan atau tumpahan makanan dan minuman.

Biarpun selepas dicuci kadangkala aroma yang kurang menyenangkan itu masih melekat. Justeru itu, bagi mengatasi masalah bau yang bersisa selain membuka tingkap semasa memandu atau menyembur wangian kenderaan anda juga boleh menggunakan beberapa kaedah mudah dan murah. 



Antaranya ialah:

  • Roti

Letakkan beberapa keping roti putih beralaskan tisu atau plastik di atas permukaan dashboard, ruang menyimpan botol minuman atau di atas kerusi kenderaan.

Biarkan semalaman kerana roti ini boleh menyerap bau yang kurang menyenangkan termasuk bau durian atau cempedak secara berkesan.

  • Daun pandan

Ikatkan tiga atau empat helai daun pandan dan letakkan di bawah tempat duduk atau ruang yang terdapat di setiap pintu kenderaan. Keharuman daun pandan membantu mengatasi masalah bau khususnya bau hapak kasut.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan potpuri kombinasi bunga-bunga kering yang mengeluarkan aroma lembut dan segar.

  • Kopi

Letakkan tiga sudu teh serbuk kopi asli di dalam plastik kecil tanpa perlu mengikatnya. Letakkan di mana-mana ruang di dalam kenderaan. Selepas dua atau tiga hari bau busuk itu akan hilang.

  • Arang

Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta atau ketulan arang dibungkus menggunakan tisu lalu dibiarkan di kawasan yang berbau.

  • Lemon

Dua hirisan lemon memadai untuk wangikan dalaman kereta. Letakkan dalam kereta serta buka sedikit tingkapnya supaya udara yang masuk itu akan bertindak balas. Hirisan lemon itu akan menghasilkan bau yang harum dan pasti bau yang hapak akan hilang serta merta.

  • Kulit kayu manis

Rebuskan sekurang-kurang 2 batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan tersebut ke dalam cawan atau bekas yang terbuka. Kemudiannya letakkan air rebusan tersebut dalam kereta dengan tingkap yang tertutup ketika kereta tidak bergerak dalam masa lama.

Cara dan petua di atas pasti akan membantu anda untuk menghilangkan segala bau busuk dan hapak dalam kereta anda malahan dengan bau yang wangi juga akan menyegarkan pernafasan anda ketika berada dalam kereta.

Masalah kenderaan berbau busuk sebenarnya berpunca dari sisa makanan biasanya, jadi    disebabkan perkara itu, anda harus mengelakkan makan ketika berada dalam kereta      sekiranya anda inginkan keselesaan sewaktu memandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here