Berhenti depan lori rider nyaris digilis- Ini titik buta kenderaan besar perlu anda tahu!

1871

Semalam, pengguna Facebook bernama Fauzi MN berkongsi sebuah video seorang penunggang motosikal hampir menemui ajal apabila dilanggar lori kontena.

Video yang dimuatnaik dalam grup DashCam Owner Malaysia itu menunjukkan penunggang motosikal tersebut hampir digilis lori kerana berhenti di lokasi titik buta yang tidak dapat dilihat oleh pemandu lori.



Berdasarkan video 1 minit 41 saat itu menunjukkan penunggang motor tersebut berhenti begitu rapat di depan sebelah kiri lori kontena berkenaan. 

Menurut Fauzi MN kejadian berlaku pada 13 April lalu di lampu isyarat Bandar Sultan Sulaiman, Northport Pelabuhan Klang.

Perkongsian itu menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen yang mana ada yang menyalahkan pemandu lori kerana peneduh (sunshade) penuh di cermin depan yang menghalang pandangan. 

Antara komen yang diberikan netizen selepas menonton video berkenaan:

“Baik duduk bawah ekor terus bang, apa bendala, rasa aku dalam FB banyak dah orang kongsi kedudukan titik buta sesebuah kenderaan..hurmm..pada rider..tolonglah peka sikit dengan keadaan sekeliling, keselamatan jaga la..aku selalu kene macam tu..kadang aku kene stay beberapa saat sebelum bergerak untuk pastikan semua motor di tepi dan depan aku dah jalan..hurmm..kalau belakang lori aku driver nak tercirit..dah kene horn free.”

“Boleh duduk CM tu tapi kena depan sikit dgn lori..jgn rapat sangat..driver boleh tengok.”

“Bahaya duduk depan lori macam tu..memang tak nampak sebab tinggi.”

“Kalau tak biasa dok dalam kabin lori diam lebih baik mat, kalau tak tau jangan dok buat pala tau.”

PANDANGAN DALAM KABIN LORI BERBEZA

@abgpendek

Abg ni main nyorok2 pulk dpn ni🙄… Jgn bng.. Kng x psl2 jd lempeng#gengyunda #fypシ #malaysiantruckers #crossborder

♬ bunyi asal – Abg pendek – Abg pendek

Situasi berkenaan seharusnya menjadi iktibar buat penunggang motosikal mahupun kereta agar berhati-hati apabila mendekati atau berhenti berhampiran kenderaan lebih besar.

Sebenarnya lori memiliki beberapa bahagian titik buta yang tidak terjangkau oleh mata pemandu. Dalam kejadian tersebut, kedudukan lori yang tinggi membuatkan pemandu tidak dapat melihat objek di depan.

Melainkan lori tersebut didatangkan dengan sensor  yang membolehkan pemandu waspada dengan halangan yang berada pada bampar depan. 

Titik kuning merupakan titik buta kenderaan besar.

Perlu diingatkan semakin besar saiz kenderaan maka makin luas titik buta. Begitu juga pada bahagian depan.

Secara amnya, pemandu trak tidak dapat melihat sehingga 5 meter di depan mereka. Memotong di depan trak mungkin merupakan kesilapan terakhir yang anda lakukan mahupun berhenti. 

Pastikan jarak 5 meter agar pemandu lori dapat melihat anda.

Pada kelajuan 100kmj, lori mengambil masa kira-kira jarak dua padang bola sepak (525 kaki) untuk berhenti sepenuhnya. Semakin berat beban, semakin lama masa yang diperlukan untuk berhenti.

Pemandu lori juga tidak dapat melihat kenderaan yang berada 10 meter di belakangnya. Jika anda tidak dapat melihat wajah pemandu di cermin pandang belakang, begitu juga pemandu lori kerana terdapat treler menghalang pandangan.

Selain itu, walaupun dengan cermin sisi yang besar, pemandu trak tidak dapat melihat segala-galanya di sekeliling mereka.

Jadi betulkan persepsi anda yang mana kedudukan lori yang tinggi memudahkan pemandu melihat jalan lebih baik adalah salah!.

Walaupun pemandu lori mempunyai pandangan depan yang lebih baik dan cermin yang lebih besar, mereka masih mempunyai titik buta yang serius.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here